Haji bukan keutamaan hidup

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila melangkah sahaja 1 Syawal umat Islam sudah memasuki bulan haji. Kalau di Mekah sudah tidak ada lagi visa umrah dikeluarkan untuk persiapaan menerima jutaan jemaah haji. Ibadah haji merupakan Rukun Islam yang kelima yang menjadi kewajiban kepada semua umat Islam yang mampu.

MAMPU menjadi kata kunci kepada ibadah haji juga menjadi alasan kepada ramai umat Islam yang belum menyempurnakan rukun Islam kelima. Berapa ramai di kalangan umat Islam yang menjadi ibadah Haji sebagai matlamat paling utama dalam senarai kejayaan hidup mereka. Ramai yang menjadikan kereta idaman, rumah impian dan lokasi pelancongan sebagai keutamaan sebagai tanda kejayaan sebuah kehidupan.

gambar kaabah di masjidil haram mekah

Berapa ramai pula di kalangan umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sumber kewangan demi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ramai di kalangan umat Islam mengutamakan impian dunia sebagai keutamaan berbanding ibadah haji sebagai keutamaan terakhir dengan alasan usia muda dan belum sampai seru. Tidak ramai yang berfikir bahawa ibadah haji adalah pembuka berbagai pintu rezeki kerana lebih ramai menyangka ibadah haji akan menyebabkan berkurangan duit simpanan.

Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam – Surah Al Imran ayat 97

Adalah lebih baik kita sama-sama membetulkan matlamat hidup dengan mengutamakan mengerjakan haji sebagai keutamaan sebelum impian lain seperti rumah banglow, kereta mewah dan melancong ke destinasi idaman. Kita kena mengubah cara fikir bahawa ibadah haji hanya untuk mereka yang sudah berusia tua sahaja. Di negara lain majoriti jemaah haji ramai yang berusia muda kerana haji sememangnya memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat.

Sekarang untuk pakej muassasah Tabung haji kita perlu menunggu berpuluh tahun untuk mendapat giliran tetapi itu bukan sebagai alasan. Selain pakej muassasah Tabung Haji ada pakej travel haji yang disediakan setiap tahun cuma  kos perbelanjaan lebih mahal. Kalau kita boleh menghabiskan beratus ribu untuk cita-cita dunia kenapa tidak kita habiskan nilainya sama untuk menjadi tetamu ALLAH.

gambar di padang arafah

Mungkin kita terlupa sekali kita melangkah dekat pada ALLAH beribu kali langkah ALLAH mendekati diri kita. Begitu juga apabila ibadah haji menjadi keutaman hidup kita sudah pasti ALLAH akan melihat niat kita untuk menjadi insan yang sempurna dengan memberi berbagai pulangan yang tidak pernah kita sangka-sangka.

Kita boleh bagi seribu alasan untuk melambat-lambatkan ibadah haji tetapi ingat pesan Rasulullah SAW seperti di bawah …..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- “Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Riwayat – Turmizi)

Selamat mengerjakan haji kepada yang bakal terpilih menjadi tetamu ALLAH kepada yang belum ada niat, pasang niat dari sekarang dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat menjadi tetamu ALLAH. Jangan sesekali memberi berbagai alasan pada diri sendiri.


Spread the love

214 Comments

  1. Doa Selamat Bakal-Bakal Haji yan hendak ke mekah yang di amalkan

    بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

    الْحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، لآ إِلهَ إِلاَّ الله الْحَلِيْمُ الَْكَرِيْمُ، سُبْحَانَ الله رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُُكَ مَوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَآئِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ، اللّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ، وَلاَ دَيْناً إِلاَّ قَضَيْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ إِلاَّ قَضَيْتَهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ، اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِ حُجَاجِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِن الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْهِمْ سَفَرَهُمْ وَأَطْوِ عَنْهُمْ بَعْدَهُمْ، أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ، اللّهُمَّ أَعِزْهُم مِن وَعَثآءِ السَّقَرِ وَكَابَّةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ، بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ، وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ، اللّهُمَّ اكْتُبِ السَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ لَنَا وَلِعَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالزُّوَارِ وَالْمُسَافِرِينَ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى بَرِّكَ وَبَحْرِكَ وَجَوِّكَ وَقِنَا شَرِّ الظَّالِمِينَ خُصُوصًا: ……… (سبوتكن نام اورغ يغ نأيك حاج) نَسْأَلُكَ اللّهُمَّ أَن تَجْعَلَ سَفَرَهُمْ جَاِلبًا لِكُلّ ِشَىءٍ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ وَبِسِرِّ قَوْلِكَ الْحَقِّ، إِنَّ الَّذِى فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرءَانَ لِرَآدُّكَ إِلَى مَعَادٍ. اللّهُمَّ اجْعَلَ حَجَّهُمْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُولاً وَتِجَارَةً لَّن تَبُورَ. اللّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا وَعَنْهُمُ الْبَلآءَ وَالْوَبآءَ وَالأَمْرَاضَ وَالأَسْقَاَم وَأَزِلْ عَنَّا وَعَنْهُمْ السُّكُوكَ وَالأَوْهَامَ بِمَنِّكَ وَكَرَمِكَ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، اللّهُمَّ َسَلِّمْهُم وَسَلِّمْ مَا مَعَهُم وَاحْفَظْهُم مَا مَعَهُمْ وَبَلِغْهُمْ وَبَلِّغْ مَا مَعَهُمْ (٣كالي). وَصَلَى الله عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

  2. berimpian untuk pergi menunaikan haji suatu hari nanti. Walaupun hanya rukun yang kelima tapi keinginan melihat kota suci Mekah terlalu tinggi. Harapnya akan termakbul
    Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya IbuMy Profile

      1. Sesetengah orang sanggup habis beratus ribu untuk kereta rumah mewah dan pakej percutian yang gah tapi tak sanggup keluarkan duit untuk haji. Hurmmm…
        Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya IbuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!