Kelas Buat Blog di Kota Kinabalu bersama Akademi Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah pada 15 dan 16 November yang lalu, kelas WordPress Essentials dan kelas Master Class telah berjaya dianjurkan. Semua peserta nampaknya bersemangat untuk mencuba tips dan info yang diperolehi daripada kelas.

Pada 29 dan 30 November ini, pihak Akademi Denaihati akan pergi ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menganjurkan seminar buat blog juga. Seminar yang dibahagian kepada dua jenis iaitu kelas asas buat blog (WordPess Essentials) yang akan diadakan pada 29 November manakala kelas lanjutan pengguna WordPress (WordPress Master Class) akan diadakan pada 30 November.

Lokasi kedua-dua kelas ini akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

Kelas asas buat blog – WordPress Essentials

Mungkin anda pernah belajar Membina Blog Secara Online tetapi kurang berjaya tetapi di dalam kelas ini, anda akan belajar secara pratikal untuk memasang WordPress dalam hosting, penulisan artikel pertama, bagaimana untuk menggunakan gambar, video dan audio dalam penulisan, teknik optimasi enjin carian (SEO) peringkat asas, strategi pemasaran blog, kaedah pemilihan domain yang sesuai dan beberapa info lagi mengenai pengurusan awal blog.

Kelas ini akan diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu, 29 November 2014, bermula jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Siapa yang sesuai untuk menghadiri kelas asas buat blog ini?

  • Individu yang ingin belajar membuat blog menggunakan WordPress
  • Usahawan online yang ingin belajar bagaimana menggunakan blog untuk membuat pemasaran
  • Surimah, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin mengisi masa lapang menulis blog
  • dan sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan mengenai blogging

Ini peluang untuk anda belajar bagaimana membina blog secara teratur. Daftar sekarang di pautan berikut: http://akademi.denaihati.my/WPKK

Kelas buat blog kota kinabalu bersama Akademi Denaihati

Kelas lanjutan – WordPress Master Class

Kelas lanjutan ini atau diberi nama WordPress Master Class adalah kelas untuk individu yang telah menggunakan WordPress. Perkongsian dalam kelas ini lebih mendalam dan kurang sesuai untuk mereka yang baru ingin belajar mengenai blog.

Antara perkara yang akan dikongsikan adalah bagaimana membuat selenggaraan WordPress (melibatkan fail, database dan keselamatan), teknik optimasi laman WordPress, pengurusan WordPress, SEO peringkat lanjutan secara praktikal selain membaca Teknik SEO Merah Jambu, Strategi Blogging untuk Perniagaan dan beberapa lagi info yang berguna untuk pengurusan blog WordPress.

Seperti kelas WordPress Essentials, kelas ini akan diadakan di Kota Kinabalu pada Ahad, 30 November 2014, bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Ini peluang untuk anda meningkatkan pengetahuan dalam kendalian WordPress dan strategi SEO serta pemasaran blog yang lebih jitu. Ini julung kalinya pihak Akademi Denaihati pergi keluar dari semenanjung Malaysia untuk penganjuran kelas seperti ini.

Kami mendengar keluhan ramai yang menyatakan, lokasi kelas terlalu jauh di semenanjung. Rebut peluang ini dan daftar sekarang di http://akademi.denaihati.my/WPMKK

WordPress Master Class Kota Kinabalu

InsyaALLAH jumpa di Kota Kinabalu, Sabah hujung bulan nanti.


Spread the love

1,241 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!