Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha pihak eQurban.com telah berangkat ke Kemboja dengan menaiki pesawat AirAsia. Mereka yang terlibat berada di sana lebih kurang seminggu demi tugas dan amanah saudara seIslam bagi melaksanakan Ibadah Qurban 2013/1434H. Turut bersama beberapa orang peserta Qurban tahun 2013 dan juga team Denaihati.
Alhamdulillah tahun ni tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor lembu di mana 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara. Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.
Qurban di Kemboja tahun ni agak mencabar kerana keadaan sebahagian besar bumi Kemboja sekarang yang dilanda banjir terutama yang melibatkan perkampungan muslim. Perancangan awal berkaitan lokasi penyembelihan terpaksa diubah. Haiwan sembelihan Qurban juga terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan baik dengan bantuan daripada petugas-petugas Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan penduduk kampung yang terlibat.
Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013 dibuat di beberapa perkampungan di Kemboja dan Vietnam seperti di Kampong Chhnang, Kampong Cham, Dam Bea, Chroy Mintry, Punhea Krek, Me Mot dan lain-lain. Team eQurban dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan tugas di setiap lokasi berasingan untuk urusan penyembelihan.
Ibadah Qurban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut. Ianya bukan sekadar ibadah sunat tetapi juga sunnah Rasulullah saw. In shaa Allah apabila kita melaksanakan Qurban dengan niat untuk mencari keredhaan ALLAH, tak mustahil kita juga akan dapat membuka kunci rezeki yang tidak disangka-sangka.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Terima kasih kepada Rakan Blogger yang telah mempromosi eQurban secara online kerana tempahan tahun ini meningkat berlipat kali ganda dan lebih daripada 70% dari online. Semuga usaha kita dapat membantu umat Islam di Kemboja yang sememangnya susah. Kepada Rakan Blogger teruskan mempromosi program Aqiqah Kemboja yang berjalan berterusan sepanjang tahun . In Shaa Allah komisen yang lumayan menanti mereka yang terus berusaha dan yang paling penting setiap sen komisen anda itu ada manafaat yang besar untuk umat Islam Kemboja.
Gambar Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja
[customgallery]
45 Comments
bajir di kemboja teruk juga. sampai nak tenggelam pondok. Alhamdulillah ada orang malaysia datang meringankan beban mereka.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
walaupun dalam keadaan serba kekurangan, namun ada manisnya kenangan bersama. Tahniah tuan denaihati.com kerana membantu mereka dalam keadaan susah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
alhamdulillah. gembira rasanya hati ini bila berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban di negara jiran.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Seronok sungguh dapat merasi nikmat membuat korban ditempat orang. Walaupun suasana serba kekurangan namun kemeriahannya amat dirasai.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Seronok sungguh dapat merasi nikmat membuat korban ditempat orang. Walaupun suasana serba kekurangan namun kemeriahannya amat dirasai. Semoga amalan mulia ini diberkati Allah…amiin
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Tahniah Tuan Denaihati. Teruskan usaha untuk membantu saudara kita di sana ye. Walaupun agak teruk jugak keadaan banjir di Kemboja ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
Teruk juga keadaan banjir di Kemboja namun perlaksanaan Ibadah Qurban tetap berlangsung. Agar dapat diagihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
betul tu. susah macam mana keadaan mereka disana, ibadah korban tetap dilaksanakan. Alhamdulillah. Tahniah sekali lagi kepada tuan denaihati.com
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
tahun ini dengar khabar equrban lebih meriah dengan diperbanyakan pilihan buat mereka yang ingin laksankan ibadah qurban
wawa pun rasa macam tu, ibadah korban di kemboja tahun ini nampak lebih meriah dari tahun sebelumnya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
ramai orang malaysia sudi melaksanakan ibadah qurban di kemboja tahun ni. Nampaknya, program equrban tahun ni memang menjadi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Mesti meriah kan kalau ibadah macam ni diperluaskan ke tempat-tempat yang memerlukan. Ada pahala yang banyak di situ. Wan sangat sokong korban dilakukan di kemboja.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Tidak terucap rasa syukur orang yang kurang berkemampuan untuk menyertai bahagian korban. Semoga usaha murni ini akan menjadi amalan berterusan dan dipermudahkan-Nya segala urusan yang berkaitan.
Comments are closed.