Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersempena dengan SBB2014, Anjung Jelita Spa & Beauty Centre ingin mengadakan contest blog mudah untuk blogger yang bakal menyertai SBB2014 pada 8 Mac 2014 nanti. Anda hanya perlu membuat blog post berdasarkan tajuk yang disediakan. Gunakan kreativiti anda bagaimana anda tafsirkan tajuk yang anda pilih tersebut.
Anda boleh sertakan gambar, video, komik atau apa sahaja untuk menjadikan pos anda lebih menarik. Sepuluh (10) blog post dengan perkongsian tertinggi di FB, Twitter dan Google+ akan memenangi voucher sesi kecantikan dan spa bernilai RM300 seorang. Bukan itu sahaja, blog post paling kreatif juga akan memenangi “Gift Set Homemade Products”, iaitu produk kulit dan badan yang dibuat dengan bahan-bahan 100% organik bernilai RM100.
Apa tunggu lagi? Gunakan kreativiti anda dan sertai kontes ini sekarang.
Bagaimana untuk sertai kontes ini :
1. Terbuka kepada blogger wanita dan lelaki yang menyertai SBB2014 di Saloma Bistro pada 8 Mac nanti. (hadiah Spa untuk perempuan sahaja)
2. Pilih salah satu dari dua tajuk berikut dan blog menggunakan kreativiti anda. Blog pos anda boleh dibuat samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Title : “I Am Body Beautiful”
– Is it all about the body or is there more?
– Does being beautiful includes skin, face, health only?
– What does beautiful mean to you?
Think out of the box.
Tajuk : “Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru”
– Apakah rahsia kecantikan wanita masa kini?
– Adakah anda mempunyai tips penjagaan kulit dan badan?
– Pentingnya penjagaan kecantikan.
Gunakan kreativiti anda.
3. Sepuluh (10) blog pos dengan perkongsian tertinggi di Facebook, Twitter dan Google+ bakal memenangi voucher sesi spa dan kecantikan bernilai RM300 seorang.
4. Satu (1) blog pos paling kreatif dan menarik akan memenangi “Gift Set Homemade Products” yang bernilai RM100.
5. Nama Anjung Jelita Spa & Beauty Centre dengan backlinks kepada http://anjungjelita.com dan blog denaihati.com mesti disertakan di dalam blog pos.
6. Sertakan juga Fanpage Anjung Jelita https://www.facebook.com/AnjungJelita di dalam entri penyertaan.
7. Artikel hendaklah ditulis melebihi 350 perkataan (kurang daripada 350 perkataan tidak akan diterima)
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7hb Mac 2014 jam 11.59 malam.
Pemenang akan diumumkan pada majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 dan kepada blogger wanita cantik di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kontes ini.
Borang Penyertaan Contest Spa Kecantikan
Error: Contact form not found.
96 Comments
wanita harus cantik luar dalam supaya bisa bertahan dalam kompetisi hidup…
Curahan rasa TIM @ ..Tas Import Murah GD389K
buat masa sekarang belum pernah lagi dapat pergi ke spa.
Curahan rasa misz aa @ ..physics
siapa tak nak pergi spa kan? boleh relax relax kan minda selepas penat kerja
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Spa sememangnya baik untuk badan dengan menggunakan alam semula jadi sebagai asas rawatan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Alaa…terlepas sudah contest ni…tidak apa…next time saya pasti akan sertai…hehehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Samalah kita.. Takpe, lain kali kita kena alert akan kontest2 sebegini ya. Mana tahu ada rezeki menang. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
bestnya kalau dapat manjakan diri di spa, teringin jugak nak ke spa ni..alaa knapa tak perasan kontest ni, hurmm.. nak buat cmna takdak rezeki..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Comments are closed.