Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan sudah hampir tiba. Ada yang nak join Titian Serasa Ramadhan tak?

Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga, bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita. Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk turut menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.

Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan ini.

Tarikh: 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor Darul Ehsan
masa:
8.30 pagi – Pendaftaran

09:30 – program seharian untuk Ramadhan (Interaktive Talk Show, Cabaran Kumpulan, Kerja Amal di Rumah Anak Yatim , Cabutan Bertuah dan Penampilan artis)

Artis:
Heliza Helmi (Akademi Fantasia Top 4)
Ben Ashaari (Bodyfitness blogger)
KeQing (Pelakon dan Penyanyi)
Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004)

07:00 – Berbuka Puasa dan Majlis Makan Malam

Selebriti dari pelbagai kaum seperti Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh, peserta peringkat akhir Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi, penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan blogger fitness, Ben Ashaari akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam kem Ramadhan Yeo’s nanti.

Daftar Yeos Titian Serasa Ramadhan

Bagaimana untuk mendaftar?

[box type=”shadow”]

Orang ramai boleh mendaftar melalui muat turun borang penyertaan daripada Ramadhan’s Day-Out Fasting Camp Registration sekarang! Yuran penyertaan hanya RM10 setiap orang dan pendaftaran akan ditutup pada 6 Julai 2014. Terhad kepada 500 peserta sahaja.

[/box]

Yuran pendaftaran
RM 10 (termasuk 1 helai T-shirt, Sijil Penyertaan, makan malam bufet buka puasa dan cenderahati Yeos). Koleksi RM10 juga akan disumbangkan sebagai duit Raya untuk anak-anak yatim & peralatan untuk rumah-rumah.

Sila kemukakan slip pembayaran bersama-sama dengan Borang Penyertaan melalui:

Email :  [email protected]
Fax : 03-7782 2730
“Yeo’s Ramadhan’s Fasting Day Out Camp 2014”
Alamat: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
No. 7, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor.

Tarikh Tutup Pendaftaran
Ahad, 6hb Julai 2014 atau apabila mencapai maksimum 500 peserta

Imam Masjid Putrajaya

Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. “Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.

143 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!